Monday 13 June 2016

Peraduan #GemilangRayaSaya Wah Chan 2016

Pesta Gemilang Raya Wah Chan kembali lagi, tahun ini dengan lebih sinar dan kejutan! Ingin miliki barang kemas idaman menjelang raya nanti? Jom sertai peraduan #GemilangRayaSaya dan anda berpeluang memenangi baucar hadiah bernilai RM200 setiap minggu.

Untuk sertai peraduan gemilang ini, layari Facebook Wah Chan dan tonton Video Lagu Raya kami untuk ketahui cara untuk memenangi.

Tempoh peraduan bermula dari 13 Jun 2016 hingga 30 Jun 2016, tertakluk kepada terma dan syarat peraduan di bawah: 

Syarat-Syarat Penyertaan

1. Peraduan ini dianjurkan oleh Wah Chan Consolidated Sdn Bhd dan terbuka kepada semua peminat Facebook Wah Chan di Malaysia, termasuk kakitangan penganjur kecuali kakitangan yang terlibat secara langsung dan ahli keluarga terdekat mereka.

2. Peraduan ini akan berlangsung dari 13 Jun 2016 sehingga 30 Jun 2016. Penganjur berhak untuk melanjutkan dan mengubah tempoh peraduan dan/atau membatalkan peraduan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

3. Semua penyertaan yang diterima di luar tempoh peraduan tidak akan dilayani dan akan terbatal secara automatik.

4. Peserta hanya perlu berkongsi video lagu raya Wah Chan di laman Facebook peribadi sendiri dengan hashtag #gemilangrayasaya. Tetapan video mestilah awam (public).

5. Kesemua peserta wajib menanda (tag) 5 orang kawan Facebook mereka di bahagian komen pos untuk melengkapkan penyertaan yang sah.

6. Setiap peserta boleh berkongsi lebih daripada sekali tetapi hanya layak untuk menang sekali sahaja.

7. Keputusan peraduan akan diumumkan setiap minggu pada hari Jumaat 1:00 petang selepas masa tamat pada setiap Khamis pukul 23:59 malam.

8. Hadiah tidak boleh ditukar sebahagian atau sepenuhnya kepada tunai atau hadiah lain dalam sebarang bentuk.

9. Hadiah mesti dituntut pada tempoh dan lokasi yang akan ditetapkan oleh pihak Penganjur. Pihak Penganjur mempunyai hak untuk menarik balik Hadiah sekiranya pemenang gagal untuk menuntut hadiah dalam tempoh yang ditetapkan.

10. Dengan menyertai peraduan ini, Peserta memberi kebenaran kepada penganjur untuk menggunakan sebarang maklumat dan/atau gambar Peserta untuk tujuan pemasaran, publisiti dan unsur-unsur pengiklanan tanpa sebarang notis dan/atau pampasan.

11. Keputusan penganjur dalam semua perkara yang berkaitan dengan peraduan ini adalah muktamad, konklusif dan terikat. Sebarang rayuan, bantahan atau percubaan untuk mempertikaikan keputusan penganjur tidak akan dilayan dalam apa jua keadaan.

12. Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk mematuhi dan terikat kepada Syarat-syarat peraduan ini, serta keputusan penganjur.


13. Syarat-syarat penyertaan boleh berubah dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian.

Untuk maklumat lanjut, PM atau hubungi kami di 1-300-88-7121. #wahchanjewellery #raya2016 

2 comments: